SEJARAH PENUBUHAN
Syukur ke hadrat ALLAH SWT yang telah mengurniakan nikmat Iman dan Islam, serta mengurniakan nikmat kefahaman dan kecintan yang mendalam terhadap tuntutan Deen-nul Islam. Sehubungan itu, para penghuni di sekitar kawasan perumahan ini berusaha untuk memastikan pewaris generasi akan datang unggul dan beramanah terhadap Islam. Maka usaha telah dilaksanakan dengan kewujudan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang berhasrat ke arah tersebut.
Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1997, PASTI mula beroperasi di rumah flat yang berdekatan dengan tempat sekarang. Sessi persekolahan untuk tahun pertama dan kedua beroperasi, jumlah pelajar hanyalah 15 orang pelajar sahaja + guru.
Operasi PASTI yang melibatkan 100% daripada yuran pelajar [dibiayai oleh yuran pelajar], tetapi ia tetap tidak menghalang mereka daripada menghantar anak-anak mengikuti pengajian pra-sekolah di sini. Mereka [waris pelajar] yakin terhadap Ko-Kurikulum pra-sekolah PASTI yang meliputi pengajian agama dan akademik yang telah banyak menunjukkan kejayaan. ALHAMDULILLAH.....
Pada tahun 1999, PASTI berpindah ke premi baru iaitu bertempat di Surau An-Najah, Taman Jati. AJK surau secara rasminya sudi menyewakan sebahagian bangunan surau untuk digunakan sebagai tempat pengajian PASTI. Pada tahun tersebut, jumlah pelajar meningkat dengan mendadak kepada 40 orang pelajar dan guru PASTI ditambah menjadi 2orang. Bersempena nama surau inilah, PASTI AN-NAJAH diberi nama.
Pada tahun 2003, premis PASTI AN-NAJAH sekali lagi berubah. Bersesuaian dengan status dan keperluan untuk memberikan pendidikan yang terbaik, jemaah pengelola PASTI bersepakat untuk menyewa sebuah rumah yang lebih selesa dan dilengkapi prasarana. Beralamat di 487, Jalan Jati 2, Taman Jati, Kulim Kedah inilah, PASTI AN-NAJAH beroperasi sehingga sekarang. Bermula Julai 2005, dengan rahmat dan kurnia ALLAH SWT, PASTI An-Najah berjaya membeli bangunan tersebut yang sebelum ini disewa. Syukur, matlamat untuk memberikan yang terbaik kepada Islam dan generasi Islam dalam bidang pendidikan ini sentiasa mendapat pertolongan dan dipermudahkan ALLAH SWT.Semoga, PASTI An-Najah terus kekal dalam melahirkan generasi yang soleh solehah, InsyaALLAH.

0 comments:
Post a Comment